HesCom 2003

Hescom 2003 adalah untuk karya yang disiarkan di portal e-Sastera.com di sepanjang tahun 2002.  Dua genre diberikan hadiah, iaitu sajak dan sajak jenaka (sajen) kerana pada masa itu hanya dua genre itu sahaja yang telah dibangunakan di portal yang berkenaan.

Kebanyakan gambar dan butir-butir tentang HesCom 2003 telah hilang kerana penutupan portal awam CommuityZero.com (tempat ia diletakkan) oleh pengendali portal awam itu serta penutupan portal eSastera.com (milik eSastera Enterprise) secara tidak sengaja oleh syarikat hosting.

Butir-butir HesCom 2003 adalah seperti yang berikut:

Nama Program: Hadiah eSastera.com 2003

Tarikh: 2003

Venue: Kolej Kediaman Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Perasmi: Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, DBP Kuala Lumpur.

Keputusan:

Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) (RM2,000): Nimoiz T.Y

Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (ASJAS) (RM1,000): Ida Munirah Abu Bakar

Advertisements